Monday 25 May 2009

HARI KELUARGA PMA '09

POSTER HARI KELUARGA PMA

FAQ Hari Keluarga PMA 2009

Q: Bila dan di mana?

A: Sabtu, 6 Jun 2009, di Houghton County Park, Alford, AB33 8NA http://www.aberdeenshire.gov.uk/countryparks/locations/alford.asp

Q: Ada peta lokasi?

A: Dapatkan di http://maps.google.co.uk/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Montgarrie+Road+Alford&sll=57.195436,-2.403946&sspn=0.216509,0.617981&gl=uk&ie=UTF8&ll=57.23537,-2.699933&spn=0.006759,0.019312&z=16&iwloc=A

Anda dicadangkan untuk tidak melalui jalan A96.

Q: Jauhnya... kenapa tak buat dalam Aberdeen sahaja?

A: Bagi membolehkan warga Melayu Aberdeen berprogramsantai di luar city of Aberdeen. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tempat program adalah antara tempat pelancongan utama di Aberdeenshire khususnya untuk kanak-kanak. Antara daya tarikan utama ialah keretapi http://www.alfordvalleyrailway.org.uk/

Q: Sekiranya hujan?

A: Sekiranya ramalan cuaca hujan pada tarikh berkenaan, pihak penganjur akan menukar tempat program yang ada kemudahan indoor di dalam city of Aberdeen.

Q: Apa yang akan diadakan?

A: Jamuan (mainly barbecue) secara pot luck dan acara-acara lain.

Q: Acara menarik?

A: Games untuk kanak-kanak.Face painting. Untuk wanita, sukan rakyat seperti congkak, gubahan buah, etc akan dianjurkan. Untuk remaja, beberapa acara akan diadakan seperti bolasepak, selipar beracun etc. Hadiah disediakan !

Q: Apa yang boleh saya sumbangkan?

A: Tiada yuran akan dikenakan. Pun demikian, pihak PMA amat mengalu-alukan sumbangan warga Melayu Aberdeen sekalian. Boleh dibuat di dalam bentuk wang, tenaga, gotong-royong mengatur dan mengemas tempat program, dan macam-macam lagi. Sumbangan yang paling berharga ialah kehadiran anda.

Q: Apa tujuan program?

A: Sebagai platform warga Melayu Aberdeen beramah mesra antara satu sama lain. Selain itu, kita juga akan meraikan rakan-rakan yang akan pulang bercuti/tamat belajar semasa musim panas nanti.

Tuesday 19 May 2009

Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan '09

Aberdeen, 16-17 Mei - Seramai 28 orang daripada Aberdeen, Dundee, St Andrews dan Glasgow telah menyertai Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam di New Kings, University of Aberdeen. Kursus anjuran Persatuan Melayu Aberdeen itu telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Erfino Johari, Pegawai Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia London. 

Menurut pengarah program, Burhanuddin Salim, kursus berkenaan dianjurkan dengan bermatlamatkan untuk memberikan kefahaman dan gambaran yang jelas mengenai hukum-hakam berumahtangga, serta realiti yang berkaitan dengannya.

"Berbeza dengan kursus pra-perkahwinan di tanah air, program kita turut meliputi beberapa siri latihan dalam kumpulan (LDK) bagi memastikan para peserta lebih mendalami modul kursus yang ditawarkan," ujar beliau lagi. 

Diharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang kursus ini dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan berumahtangga kelak.[gallery]

Friday 1 May 2009

Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan

Assalamualaikum wbt.

Semua warga Malaysia dijemput hadir. Rujuk poster berikut untuk maklumat lanjut. Yuran meliputi kursus, makanan dan sijil kahwin yang diperakui sah digunakan di Malaysia kelak.

Daftar segera!poster-kahwin-latest-2-1