Monday 29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H











 


Assalamualaikum wrt.wbt.


Umat Islam di bumi Aberdeen dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan menyambut kedatangan 1hb. Syawal 1429 H bersamaan Hari Selasa 30hb. September 2008.


Kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H. Sama-samalah kita bermaaf-maafan di pagi 1 Syawal yang mulia. Kongsikan kegembiraan, ucapkanlah 'TaqabbalalLahu Minna wa Minkum', 'Eid Mubarak'. Moga-moga Allah swt mengembalikan kita semua kepada fitrah yang suci hasil daripada didikan 'Universiti Ramadan' pada tahun ini.


Maaf Zahir Batin.


* Solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Linksfield Community Centre. Usahakan untuk datang awal kerana 'parking space' agak terhad dan sila bawa sejadah/alas untuk solat.

Tuesday 23 September 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR PERDANA PMA 1429H



Assalamualaikum wrt.wbt.

Dengan segala hormatnya, seluruh warga Melayu Aberdeen dijemput untuk sama-sama hadir memeriahkan program kita hujung minggu ini - Majlis Khatam al-Quran & Iftar Perdana PMA. Maklumat berkaitan program adalah seperti di bawah:

TARIKH: 28 SEPTEMBER 2008 / 28 RAMADAN 1429 (AHAD)

MASA: 5.30 petang - 9.00 malam

TEMPAT: Tillydrone Community Centre, Gordon Mills Road AB24 2RG

ATURCARA MAJLIS:

5.30 pm              : Ketibaan dan pendaftaran


6:00 pm              : Aluan Pengerusi Majlis, Aluan Presiden PMA


6:10 pm              : Majlis Khatam al-Quran


6:35 pm              : Majlis Resepsi Pelajar Baru


6:50 pm              : Palestinian Appeal (tayangan slide)


6:53 pm              : Azan Maghrib - berbuka puasa ringkas


7:05 pm              : Solat Maghrib berjemaah


7:30 pm              : Jamuan iftar


8:30 pm              : Solat Isya' berjemaah


                           : Kemas dewan dan majlis bersurai



Mohon diwar-warkan program ini kepada rakan-rakan dan kenalan Melayu Aberdeen. Diharapkan tuan/puan bersedia dengan wudu' dan sila bawa sejadah/alas untuk solat berjemaah.

'Salam Ramadan dan Selamat Berqiamullail di Sepuluh Akhir Ramadan'

Tuesday 16 September 2008

Salam Ramadan 1429 H

 



[2:183]
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

[2:184]
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.

(Surah al-Baqarah ayat 183-184)