Monday 30 March 2009

Kaunter Imigresen Malaysia di Aberdeen - 19 April 2009 - updated!

Kaunter Bergerak Imigresen Malaysia di Aberdeen.

Tarikh: 19 April 2009
Hari: Ahad
Masa: 8:30 pagi - 2:00 petang (sila hadir awal) updated! 
Tempat: Bilik ZB19(25) (basement), Zoology Building, University of Aberdeen, Tillydrone Avenue, AB24 2TE  updated!

Semua warga Malaysia yang ingin membuat urusan imigresen seperti pendaftaran bayi baru, pendaftaran passport, pembaharuan passport dan lain-lain yang berkaitan dijemput hadir. Sila hadir awal kerana pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang bertugas mempunyai masa yang terhad di Aberdeen.  
 
Semua maklumat dan checklist untuk urusan imigresen boleh diperolehi di www.jimlondon.net. Borang-borang asal disediakan. Pun demikian, untuk menjimatkan masa, borang-borang tersebut boleh dimuat turun melalui capaian  ini. Sila pastikan anda mematuhi spesifikasi gambar untuk urusan imigresen seperti di sini. Jangan lupa untuk membawa semua dokumen asal yang diperlukan seperti tertulis di dalam checklist dan juga salinannya semasa kaunter imigresen ini dibuka. Khidmat fotokopi walau bagaimanapun boleh diperolehi di kedai berhampiran. 

Pendaftaran MyKid hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja. Sebarang persoalan mengenai urusan imigresen boleh diajukan terus menerusi www.jimlondon.net, dan sebarang pertanyaan teknikaliti kaunter bergerak ini boleh diajukan menerusi melayu.aberdeen@yahoo.com.

Makluman dan Peringatan Tambahan: updated!
1. Sila sediakan GBP7 untuk kos pos penghantaran balik passport/sijil beranak.
2. Walaupun kedai fotokopi dan kiosk fotografi hanya berada dalam radius 1 batu daripada tempat program, anda dinasihatkan untuk menyediakan sedari awal fotografi dan juga salinan dokumen yang diminta seperti di dalam checklist di bawah.  Pihak penganjur tidak menyediakan khidmat fotokopi dan fotografi. 
3. Gerai makanan akan dibuka sepanjang kaunter berlangsung.  

Sekian. 

Berikut adalah sebahagian contoh checklist dokumen yang diperlukan untuk tujuan imigresen.  

NEW AND RENEWAL PASSPORT APPLICATION


 



Above 18 years
1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42).

2. Original Malaysian Identity Card (I.C)+ One Photocopy of each side of the I.C.


3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face Facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)


4. New Passport application form is available at our office at £ 0.25 pence each.


5. Cash Payment of £ 50.00 per 32 pages passport and £ 100.00 per 64 pages passport.


Under 18 years.


1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.


2. Original Malaysian Identity Card (I.C)+ One Photocopy of each side of the I.C and Birth Certificate or Borang W if born outside Malaysia


3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)


4. If the Father or Mother is not avaialble for the reason like Father and Mother residing in different country then the Guardian need to come with A1/B1 form that has been signed and stamped by Immigration Officer or Authorised Officer at any Malaysan Mission Overseas and they have to bring their original I.C and a photocopy


5. Cash Payment of £ 50.00 per 32 pages passport and £ 100.00 per 64 pages passport.


 


Under 12 years.


1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.


2. Original Malaysian Birth Certificate or Borang W or Citizenship Certificate if born outside Malaysia + a Photocopy of the document


3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face Facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)


4. If the Father or Mother is not avaialble for the reason like Father and Mother residing in different country then the Guardian need to come with A1/B1 form that has been signed and stamped by Immigration Officer or Authorised Officer at any Malaysan Mission Overseas and they have to bring their original I.C and a photocopy


5. Cash Payment of £ 25.00 per 32 pages passport and £ 50.00 per 64 pages passport.


 


New born baby


1. New born baby Passport will only be issued once the parent have done the registration with Malaysian Consular Department and Borang “W” number have been allocated for them.


2. The requirement to make a new passport for a new born baby is the same as when you apply for Birth Certificate, i.e. Father & Mother Married Certificate, Malaysian Identitiy Card, Passport, Child UK Birth Certificate and Borang W from Consular Department (Original + copy)


3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Baby Face Facing the camera and make sure the baby is awake not sleeping(3.5 cm x 5.0 cm)


4. The Child and their parent must come and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.


5. Cash Payment of £ 25.00 per 32 pages passport and £ 50.00 per 64 pages passport. 

Wednesday 18 March 2009

Kursus Kahwin di Aberdeen (Genggam Bara Api 3)

Aberdeen, 19 Mac - Persatuan Melayu Aberdeen akan meneruskan siri kursus Genggam Bara Api kali ke-3 pada 16 dan 17 Mei 2009.  Tema GBA pada kali ini ialah Kursus Rumahtangga Islam. 

Penceramah kursus ini ialah Pegawai Atase Pendidikan JPM London, Ustaz Erfino Johari. Peserta yang menghadiri kursus ini akan mendapat sijil yang sah digunakan untuk urusan perkahwinan di Malaysia kelak.

Rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai kursus perkahwinan ini boleh membuat pre-registration ke alamat melayu.aberdeen@yahoo.com dengan menyertakan nama penuh, alamat di UK, email dan no telefon. Maklumat lanjut mengenai yuran, penginapan dan yang berkaitan akan menyusul kemudian.  Tempat adalah terhad. Justeru, pendaftaran awal amat digalakkan.

Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan PMA kali ke-2

Aberdeen, 14 Mac - Bertempat di Zoology Building University of Aberdeen, Persatuan Melayu Aberdeen telah mengadakan Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2. Seramai hampir 70 orang warga Melayu Aberdeen telah menyertai program tersebut.

Acara dimulakan dengan pengisian sirah Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Burhan, dengan penekanan diberikan kepada kisah di hujung riwayat hidup baginda. Pengisian ini adalah penutup kepada pengisian sirah di majlis ilmu yang dianjurkan secara mingguan di Aberdeen.

Turut dianjurkan ialah Kuiz "Ceria Riang Ria Menyingkapi Sirah Rasulullah SAW". Kuiz ini telah dimenangi oleh pasukan lelaki. Hadiah peserta terbaik pula telah dimenangi oleh saudari Husna Afifi setelah berjaya memberikan jawapan tepat paling banyak di dalam kuiz tersebut.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Melayu Aberdeen kali ke-2. Mesyuarat dipengerusikan oleh saudara Burhanuddin Salim. Satu usul untuk memansuhkan yuran tahunan dengan menggalakkan sumbangan telah diluluskan di dalam mesyuarat tersebut. Selain itu, mesyuarat juga telah memilih senarai ahli jawatankuasa PMA bagi sesi 2009/2010. Berikut merupakan senarai AJK baru:

Presiden: Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham
Timbalan Presiden: Shafiq Abdullah
Setiausaha: Wan Asyraf Wan Adnan.
Bendahari: Siti Nawwal Ahmad Nasfy
Ketua Hal-ehwal Wanita: Kamariah Ismail 

AJK:
Wan Hamizi
Fazli Mansor
Haleena
Husna Afifi 

Program ditamatkan dengan solat Asar berjemaah dan jamuan hi-tea. Terima kasih diucapkan kepada yang hadir dan juga yang membantu menjayakan majlis tersebut. Saudara Burhanuddin Salim menjawab soalan kuiz Riang Ria
Ceramah Maulidur Rasul oleh Us Burhan Che Daud