InfoISLAM

Persatuan Melayu Aberdeen amat menitikberatkan program dan aktiviti keagamaan. Antara program rutin yang menjadi kelaziman kami di sini ialah majlis ilmu (usrah) mingguan bersama pelajar, kuliah bulanan, kuliah sempena hari bersejarah Islam, forum, penerbitan risalah agama, bekerjasama dengan pihak masjid tempatan dan lain-lain.

1. Aberdeen Mosque and Islamic Centre

164 Spital
AB24 3JD
Aberdeen, Scotland
United Kingdom
Scottish Charity Number: SC028038
Telephone: 01224 493764

Link http://www.aberdeenmosque.org/

Selain itu, ada juga masjid di City Centre (Crown Terrace), di kampus Old Aberdeen (Powis Gate), Foresterhill Campus, RGU dan di setiap hospital sekitar Aberdeen.

2. Prayer Times Info


Taqwim Islam dan Jadual waktu Solat yang terkini di Aberdeen boleh dimuat-turun (download) dari laman web masjid Aberdeen 


Link http://www.aberdeenmosque.org/prayertimes.htm


3. Info Agama dan masalah Fiqh


Sekiranya anda menghadapi masalah dan ingin bertanyakan pandangan Islam dan meminta penjelasan agama dan hal ehwal Fiqh bolehlah berhubung terus dengan Imam Masjid Aberdeen melalui emel ataupun menelefon masjid.


emel: imamofaberdeenmosque1@yahoo.co.uk


Anda juga boleh menghubungi dua orang panel FAQ soaljawab agama di Aberdeen iaitu Ust Burhan Che Daud dan Ust Irfan Ikhmal Hisham. Mereka berdua merupakan anggota panel FAQ Islam MSD yang dikendalikan oleh Ust Erfino Johari, Atase Pendidikan MSD. InshaAllah mereka akan membantu anda.


emel: al_dalil76@yahoo.com (ust burhan)


emel: hj_irfan@yahoo.com (ust irfan)






4. Membuka Akaun di Islamic Bank of BritainElakkan diri anda daripada terjebak dengan dosa besar riba'. Alhamdulillah di UK sekarang, amat mudah untuk membuka akaun Islamic banking di Llloydstsb - www.lloydstsb.com. Anda hanya perlu membuat temujanji, dan membawa dokumen yang diperlukan.

 

Jika anda ingin mencari alternatif perbankan Islam di UK maka salah satu caranya ialah dengan membuka akaun anda dengan Islamic Bank of Britain. Sekiranya anda berhasrat untuk mengetahui dengan lanjut bolehlah hubungi bank berkenaan dan boleh juga bertanyakan beberapa rakan anda di Aberdeen ini yang telah membuka akaun di bank tersebut


http://www.islamic-bank.com/islamicbanklive/GuestHome/1/Home/1/Home.jsp



5. Pendidikan Islam, al-Quran untuk anak-anak

Boleh hubungi rakan-rakan yang mempunyai pengalaman tersebut spt Pn Kamariah, Pn Mahmudah, Kak Umi dan lain-lain lagi.

Untuk makluman juga kelas mengaji secara Iqra' dan hafalan untuk kanak-kanak juga diadakan pada setiap pagi Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 - 11.00 pagi. Sekiranya ada ibubapa yang ingin menghantar anak mereka boleh hubungi ustaz Burhan.

Mosque juga menyediakan program Hafaz al-Quran di bawah bimbingan Imam Ibrahim. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari mosque ataupun mana-mana ajk persatuan.

6. Kedai Makanan Halal

Terdapat beberapa buah kedai runcit, restoran dan takeaway Halal di Aberdeen. Sila layari laman web:

www.ukspiceshop.com - www.lahore-karahi.com

No comments:

Post a Comment