Thursday 24 September 2009

Kaunter Imigresen Bergerak

Assalamualaikum.

Komuniti Melayu di Glasgow bersama-sama dengan Jabatan Imigresen Malaysia London akan mengadakan kaunter imigresen bergerak di Glasgow pada Sabtu 7 November 2009. Maklumat lanjut boleh dicapai di sini.

Saturday 19 September 2009

Salam Eidul Fitri 2009

[caption id="attachment_341" align="aligncenter" width="541" caption="Taqabbalallahu minna wa minkum"]Taqabbalallahu minna wa minkum[/caption]

Monday 14 September 2009

Ihya' Ramadhan, Iftar Perdana dan Majlis Khatam al-Quran

Aberdeen, 12 September - Bertempat di kediaman saudara Shafiq, Persatuan Melayu Aberdeen telah menganjurkan Program Ihya' Ramadhan, Iftar Perdana dan Majlis Khatam al-Quran. Program telah dihadiri oleh seramai 70 orang warga Melayu Aberdeen.

Majlis dimulakan dengan Khatam al-Quran kendalian Penasihat PMA Ustaz Burhan. Selepas berbuka puasa dengan sentuhan resepi Kak Ayu, program diteruskan dengan solat tarawih secara berjamaah. Pengisian ilmu ringkas telah disampaikan oleh Penasihat PMA, Ustaz Irfan. Beliau menyentuh mengenai Ihya' Ramadhan, serta membuat perincian terhadap persoalan zakat. Ramai peserta telah mengajukan pelbagai soalan mengenai ibadah zakat sepanjang pengisian itu berlangsung.

Persatuan Melayu Aberdeen mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tuan rumah, penyumbang dan AJK yang bertugas.

[gallery link="file" columns="2"]

Wednesday 9 September 2009

Offshore Europe 2009

Seperti biasa, dengan berstatuskan Ibu Kota Industri Minyak dan Gas seluruh Eropah, Aberdeen sekali lagi menganjurkan program tahunan Offshore Europe (OE). Program 4 hari bermula 8 hingga 11 September itu dihadiri oleh ribuan peserta daripada seluruh dunia, termasuklah juga daripada Malaysia. Kehadiran mereka dapat dirasai oleh warga Aberdeen, dengan kelibat usawahan minyak dan gas, segak dengan 3 pieces suit mereka, selain pertambahan khidmat pengangkutan awam, serta hotel penginapan yang penuh tempahannya dan harga meningkat sekali ganda.

Selamat datang diucapkan kepada mereka, khususnya peserta daripada Malaysia. PMA sendiri dihubungi oleh beberapa orang peserta bagi mendapatkan sedikit panduan sepanjang permukiman mereka di sini. Selamat berprogram sambil makan angin di bumi Granite ini.

Tuesday 8 September 2009

Kaunter Imigresen Bergerak di Glasgow


Jabatan Imigresen Malaysia London bercadang membuka kaunter imigresen bergerak di Glasgow pada 7 ATAU 14 November 2009.

 

Justeru, pihak komuniti di Glasgow memohon kerjasama sahabat-sahabat yang ingin berurusan supaya memberikan nama dan jenis urusan yang diperlukan. Di Aberdeen, sila berikan nama dan jenis urusan yang diperlukan kepada Penasihat Kehormat PMA Ustaz Burhan melalui email al_dalil76{at}yahoo.com

 

Sila bantu panjangkan hebahan ini semua rakan-rakan Malaysia yang lain.

 

Wassalam.

Monday 7 September 2009

Program Ihya' Ramadhan

MAJLIS IHYA' RAMADHAN (IFTAR PERDANA & KHATAM AL-QURAN)



12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430


Sabtu, 6 petang


Di Rumah Saudara Shafiq


101 Queens Den, AB15 8BN



JUADAH MAKANAN IFTAR DISEDIAKAN


Makanan disediakan insyaAllah secukupnya, termasuklah kuih-muih, justeru tiada pot-luck. Sekiranya anda ingin membawa makanan juga, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan, sila bawa tamar/buah/makanan ringan/dessert dalam kuantiti yang kecil.



Aturcara majlis:



6:00 PM


Ketibaan hadirin


Majlis Khatam al-Quran


Tazkirah Ihya' Ramadhan



7:37 PM


Azan Maghrib


Iftar ringan


Solat maghrib


Makan malam



8:52 PM


Azan Isya'


Solat Isya'


Solat qiyam/tarawih


Reflection


Morey


Bersurai