Tuesday 23 March 2010

Forum Perdana dan Klinik Rawatan Alternatif Islam

Assalamualaikum

Persatuan Melayu Aberdeen akan menganjurkan Forum Perdana dan Klinik Rawatan Alternatif Islam. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa: 6:30 petang (Maghrib berjemaah)
Panelis:
1. Ustaz Halim Din (Penceramah dan Pegawai Kanan Majlis Agama Islam Selangor.
2. Ustaz Hadi Talhah (Penceramah dan Pengamal Perubatan Darul Salam Malaysia serta anggota PISANG UK)
Tempat: TBC

Bagi yang berhadapan dengan gangguan makhluk halus, atau mempunyai tanda-tanda gangguan, anda digalakkan menggunakan peluang ini untuk berikhtiar menerima rawatan.

Semua dijemput hadir. Nantikan maklumat lanjut kemudian.

Wassalam.

Monday 22 March 2010

Kaunter Imigresen Bergerak di Aberdeen - 2 Mei 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jabatan Imigresen Malaysia London telah memberikan pengesahan kehadiran mereka untuk mengendalikan kaunter imigresen bergerak pada 2 Mei 2010 di Aberdeen.

Justeru, kepada mana-mana warga Malaysia yang ingin membuat urusan imigresen serta konsular, sila daftar nama, alamat/nombor telefon dan jenis urusan yang ingin dilakukan nanti ke email melayu.aberdeen[at]yahoo.com. Pendaftaran awal amat penting bagi tujuan pengurusan tempat dan logistik serta perkara yang berkaitan.

Seperti amalan sebelum ini, Persatuan Melayu Aberdeen mengjangkakan yang kaunter bergerak ini akan diadakan di University of Aberdeen. Maklumat terperinci akan dikemaskini segera di tapak sesawang kami www.melayu-aberdeen.com

Persatuan Melayu Aberdeen mengucapkan selamat datang kepada seluruh warga Malaysia ke kota granit, tempat himpunan komuniti Malaysia paling utara di UK

Sekian, harap maklum.