Tuesday 18 May 2010

CERAMAH SEMPENA ULANGTAHUN KE-556 PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE, MAJLIS WALIMAH DAN MESYUARAT AGUNG PMA

Assalamualaikum

3 program serangkai - Ceramah Sempena Ulangtahun ke-557 pembebasan Constantinople di Tangan Sultan Muhammad al-Fateh, Majlis Walimah Meraikan Menantu dan Mesyuarat Agung PMA akan diadakan pada 29 Mei 2010, jam 2 petang bertempat di Chaiplancy Centre, University of Aberdeen. Semua dijemput hadir.

Friday 23 April 2010

Malaysian Food Fest / Pesta Makanan Malaysia Aberdeen 2010

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera,

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, sempena Kaunter Imegresen dan Konsular Bergerak 2 Mei akan datang, Persatuan Melayu Aberdeen akan menganjurkan jualan makanan Pesta Makanan Malaysia 2010 akan berlangsung pada masa yang sama. Berikut adalah maklumat program:

Tarikh: 2 Mei 2010
Hari: Ahad
Tempat: Room Room ZB19(30) (Basement), Zoology Building, University of Aberdeen, Tillydrone Avenue, Aberdeen, AB24 2TZ
Masa: 8:30 AM - 2:00 PM

Di sini saya sertakan maklumat gerai makanan yang akan dibuka beserta senarai menu. Semua pengunjung adalah amat digalakkan untuk membuat tempahan awal dengan menghubungi peniaga-peniaga di bawah. Pembelian pengunjung sekalian akan dapat meringankan pihak PMA menganjurkan kaunter imigresen dan konsular bergerak.

Gerai Selera Nusantara (K.omai 07936 020079, Mahadir dan K.lailah)




Menu: Nasi ayam


Daging minang (pre-order)


Telur masin


Teh/ teh tarik


Phad thai


Rojak istimewa


********************************





Gerai Izan (07858 533412)




Menu: Pulut kuning + sambal


Pulut kuning + rendang ayam


Bihun goreng + sambal


Bubur somsom


********************************





Gerai Nawwal (07738 552383)




Menu: Nasi lemak + kacang + timun + telur + sambal ikan bilis


Ayam goreng


Sambal tempe


Pau kaya


Pau kacang merah


Pau kari ayam


Burger malaysia


Tempe mentah (pre-order)


********************************





Gerai K.efa (07909 486688)




Menu: Karipap


Roti john


********************************





Gerai Iluvislam dan IDCI (Nova 07542 485960)




Buku Islami


Badge / sticker


Tudung


Handsocks


Sekian, harap maklum. Selamat membuat tempahan makanan dan menikmati hidangan juadah Malaysia.

Thursday 8 April 2010

Kaunter Imigresen dan Konsular Bergerak & Malaysian Food Fest di Aberdeen - 2 Mei 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 2 Mei 2010
Hari: Ahad
Tempat: Room Room ZB19(30) (Basement), Zoology Building, University of Aberdeen, Tillydrone Avenue, Aberdeen, AB24 2TZ
Masa: 8:30 AM - 2:00 PM

Semua warga Malaysia yang ingin membuat urusan imigresen seperti pembaharuan passport, urusan konsular seperti pendaftaran kelahiran bayi dan juga urusan berkaitan dijemput hadir ke kaunter bergerak di atas. Sila daftar awal ke alamat melayu.aberdeen[@]yahoo.com untuk memudahkan pengurusan program.

Semua maklumat dan checklist untuk urusan imigresen boleh diperolehi di www.jimlondon.net. Borang-borang asal disediakan. Pun demikian, untuk menjimatkan masa, borang-borang tersebut boleh dimuat turun melalui capaian  ini. Sila pastikan anda mematuhi spesifikasi gambar untuk urusan imigresen seperti di sini. Jangan lupa untuk membawa semua dokumen asal yang diperlukan seperti tertulis di dalam checklist dan juga salinannya semasa kaunter imigresen ini dibuka. Khidmat fotokopi walau bagaimanapun boleh diperolehi di kedai berhampiran.

Pendaftaran MyKid hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja. Sebarang persoalan mengenai urusan imigresen boleh diajukan terus menerusi www.jimlondon.net, dan sebarang pertanyaan teknikaliti kaunter bergerak ini boleh diajukan menerusi melayu.aberdeen@yahoo.com.

Makluman dan Peringatan Tambahan:
1. Sila sediakan GBP7 untuk kos pos penghantaran balik passport/sijil beranak (borang W).
2. Walaupun kedai fotokopi dan kiosk fotografi hanya berada dalam radius 1 batu daripada tempat program, anda dinasihatkan untuk menyediakan sedari awal fotografi dan juga salinan dokumen yang diminta seperti di dalam checklist di bawah.  Pihak penganjur tidak akan menyediakan khidmat fotokopi dan fotografi.
3. Persatuan Melayu Aberdeen akan turut menganjurkan Food Fest 2010 pada tarikh dan tempat yang sama. Banyak gerai makanan akan dibuka. Sebahagian keuntungan pembelian adalah untuk menampung kos penganjuran kaunter bergerak ini.

Sebarang pertanyaan mengenai kaunter ini boleh merujuk terus kepada pegawai bertugas: 0207 919 0286 (Encik Anuar Zainal) atau 0207 919 0204 (Encik  Wan Mohd Kamal)

Sekian.

Berikut adalah sebahagian contoh checklist dokumen yang diperlukan untuk tujuan imigresen.

NEW AND RENEWAL PASSPORT APPLICATION

Above 18 years
1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42).


2. Original Malaysian Identity Card (I.C)+ One Photocopy of each side of the I.C.

3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face Facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)

4. New Passport application form is available at our office at £ 0.25 pence each.

5. Cash Payment of £ 50.00 per 32 pages passport and £ 100.00 per 64 pages passport.

Under 18 years.

1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.

2. Original Malaysian Identity Card (I.C)+ One Photocopy of each side of the I.C and Birth Certificate or Borang W if born outside Malaysia

3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)

4. If the Father or Mother is not avaialble for the reason like Father and Mother residing in different country then the Guardian need to come with A1/B1 form that has been signed and stamped by Immigration Officer or Authorised Officer at any Malaysan Mission Overseas and they have to bring their original I.C and a photocopy

5. Cash Payment of £ 50.00 per 32 pages passport and £ 100.00 per 64 pages passport.

Under 12 years.

1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.

2. Original Malaysian Birth Certificate or Borang W or Citizenship Certificate if born outside Malaysia + a Photocopy of the document

3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face Facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)

4. If the Father or Mother is not avaialble for the reason like Father and Mother residing in different country then the Guardian need to come with A1/B1 form that has been signed and stamped by Immigration Officer or Authorised Officer at any Malaysan Mission Overseas and they have to bring their original I.C and a photocopy

5. Cash Payment of £ 25.00 per 32 pages passport and £ 50.00 per 64 pages passport.

New born baby

1. New born baby Passport will only be issued once the parent have done the registration with Malaysian Consular Department and Borang “W” number have been allocated for them.

2. The requirement to make a new passport for a new born baby is the same as when you apply for Birth Certificate, i.e. Father & Mother Married Certificate, Malaysian Identitiy Card, Passport, Child UK Birth Certificate and Borang W from Consular Department (Original + copy)

3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Baby Face Facing the camera and make sure the baby is awake not sleeping(3.5 cm x 5.0 cm)

4. The Child and their parent must come and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.

5. Cash Payment of £ 25.00 per 32 pages passport and £ 50.00 per 64 pages passport.

Tuesday 23 March 2010

Forum Perdana dan Klinik Rawatan Alternatif Islam

Assalamualaikum

Persatuan Melayu Aberdeen akan menganjurkan Forum Perdana dan Klinik Rawatan Alternatif Islam. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa: 6:30 petang (Maghrib berjemaah)
Panelis:
1. Ustaz Halim Din (Penceramah dan Pegawai Kanan Majlis Agama Islam Selangor.
2. Ustaz Hadi Talhah (Penceramah dan Pengamal Perubatan Darul Salam Malaysia serta anggota PISANG UK)
Tempat: TBC

Bagi yang berhadapan dengan gangguan makhluk halus, atau mempunyai tanda-tanda gangguan, anda digalakkan menggunakan peluang ini untuk berikhtiar menerima rawatan.

Semua dijemput hadir. Nantikan maklumat lanjut kemudian.

Wassalam.

Monday 22 March 2010

Kaunter Imigresen Bergerak di Aberdeen - 2 Mei 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jabatan Imigresen Malaysia London telah memberikan pengesahan kehadiran mereka untuk mengendalikan kaunter imigresen bergerak pada 2 Mei 2010 di Aberdeen.

Justeru, kepada mana-mana warga Malaysia yang ingin membuat urusan imigresen serta konsular, sila daftar nama, alamat/nombor telefon dan jenis urusan yang ingin dilakukan nanti ke email melayu.aberdeen[at]yahoo.com. Pendaftaran awal amat penting bagi tujuan pengurusan tempat dan logistik serta perkara yang berkaitan.

Seperti amalan sebelum ini, Persatuan Melayu Aberdeen mengjangkakan yang kaunter bergerak ini akan diadakan di University of Aberdeen. Maklumat terperinci akan dikemaskini segera di tapak sesawang kami www.melayu-aberdeen.com

Persatuan Melayu Aberdeen mengucapkan selamat datang kepada seluruh warga Malaysia ke kota granit, tempat himpunan komuniti Malaysia paling utara di UK

Sekian, harap maklum.

Tuesday 23 February 2010

Funeral Management Course 2010

Jika anda berhadapan dengan kematian seseorang, apakah yang perlu dilakukan?


Oh sebelum itu, adakah anda pasti individu tersebut sudah tiada? Jangan lupa, banyak laporan kejadian - orang yang disahkan mati oleh doktor, tidak lama kemudian hidup semula!

Seterusnya, apakah tanggungjawab anda terhadap jenazah tersebut?
Bolehkah anda memandikan mayat tersebut?

Bagaimana kalau mayat terus-menerus mengeluarkan kotoran?

Berapa lapis kain untuk mengkafankan?

Dan banyak soalan-soalan lain lagi untuk dikupas..bersama Al-Fadhil Ustaz Erfino Johari, Education Attache, Jabatan Penuntut Malaysia (MSD).

..........................................................................................................................



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH



Anjuran
Persatuan Melayu Aberdeen


Tarikh
13 Mac 2010


Waktu
8.30 pagi- 2.30 petang


Tempat
Chaplaincy Centre


Yuran Masuk
GBP 3 seorang (brunch & lunch)



Untuk Pendaftaran:
(sehingga 7 Mac 2010)


1) Borang Pendaftaran Online. Klik: http://www.surveymonkey.com/s/2D5779D


2) Berikan Nama, Emel dan No. Telefon anda kepada:


Rasyidan
078492 10335
happyidan@gmail.com


atau


Nova Adila
075424 85960
nova_adila@yahoo.com



Agenda Program:
• Teori
• Mandi
• Kapan
• Solat
• Pengkebumian
• Soal Jawab

Jumpa anda di sana!

“Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian (mengingati mati). Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah taala( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).” Hadis Riwayat At-Termizi Dan Ibnu Majah.

Thursday 26 November 2009

Majlis Sambutan Eidul Adha PMA '09

Assalamualaikum wbt.


MAJLIS SAMBUTAN EIDUL ADHA
PERSATUAN MELAYU ABERDEEN '09


Sabtu, 11 Zulhijjah/28 November
Zoology Building, University of Aberdeen (basement)
Masa: 11:30 pagi(bermula dengan solat Zohor berjemaah+takbir raya)


Antara yang menarik:
Solat berjemaah dan takbir raya
Forum "Aidul Adha: Menghayati Falsafah Pengorbanan"
Majlis Perpisahan
Jamuan menarik seperti juadah tradisional Malaysia, satay etc. (Pot Luck)


Semua dijemput hadir