Siapa kami?

Organisasi kami dikenali sebagai Persatuan Melayu Aberdeen (PMA). Mula dihidupkan kembali pada tahun 2006. Tujuannya adalah menghimpunkan keluarga melayu yang berada di Aberdeen terdiri dari kumpulan profesional dan juga penuntut yang melanjutkan pengajian masing-masing di dua buah universiti terkemuka di Scotland, Universiti Aberdeen dan Universiti Robert Gordon.  Menyedari rumpun melayu yang ramai di sini malah terdiri dari warga Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei, maka persatuan ini mengambil tujuan ukhuwwah serta jalinan kerjasama bagi mencapai objektif seperti berikut:


Objektif Persatuan Melayu Aberdeen ialah untuk:


1. menghimpunkan masyarakat Melayu di Aberdeen dan di kawasan sekitarnya.


2. menjadi wadah ke arah saling mengenali, mempertautkan ukhuwwah dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga Melayu.


3. menjadi ruang untuk berbincang hal-ehwal keagamaan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan.


4. berkongsi dan membantu terutamanya dalam hal-hal kebajikan dan kekeluargaan.


SENARAI AHLI JAWATANKUASA


PERSATUAN MELAYU ABERDEEN SESI 2009/2010


Penasihat Kehormat: En.Burhan Che Daud



Presiden: Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham
Timbalan Presiden: Shafiq Abdullah
Setiausaha: Wan Asyraf Wan Adnan.
Bendahari: Siti Nawwal Ahmad Nasfy
Ketua Hal-ehwal Wanita: Kamariah Ismail 

AJK:
Wan Hamizi
Fazli Mansor
Haleena
Husna Afifi 

Hubungi PMA:

Persatuan Melayu Aberdeen boleh dihubungi melalui email di melayu.aberdeen[at]yahoo.com 

Program Utama


Program-program yang dianjurkan lebih berbentuk kekeluargaan dan perkongsian ilmu terutama yang berkaitan dengan keagamaan dan pengalaman. Program yang diatur hanyalah pertemuan sekali dalam sebulan yang berbentuk ramah mesra. Persatuan berusaha untuk melaksanakan program yang sederhana tetapi konsisten dan mudah untuk dihadiri oleh semua baik mereka yang bekerja dan juga keluarga dan pelajar.


1) Kuliah Ilmu bersama Imam Aberdeen Mosque, Sheikh Ibrahim al-Wawi . The Chaplaincy Centre, Aberdeen Uni. (21 April 2007) (2) Kuliah Ilmu Tafsir Surah Yasin oleh Ust Ahmad Irfan Ikmal Hisyam beserta pertemuan dengan Ajk Aberdeen Mosque. The Chaplaincy Centre, Aberdeen Uni. (5 May 2007) (3) Pengenalan Website Persatuan bermula pada 11 May 2007 www.melayu-aberdeen.com (4) Forum Agama dan Isu Semasa mengenai Isu Murtad mengikut perspektif agama dan Undang-undang Panel: Dr Aminurasyid Yatiban dan Pn Nashitoh Kassim. Pengerusi ust Irfan ZB 18 dan 19 Zoology Building, Aberdeen Uni. (19 May 2007) (5) Hari Keluarga Melayu Aberdeen . Aden Country Park Mintlaw Pengarah Abg Mohd Noor Setapa. (Chef: Abg Zahir) Permainan, BBQ dan satay. 3 June 2007 (6) Kuliah Ilmu dan Majlis Meraikan Kejayaan Disampaikan oleh Ust Burhan. The Chaplaincy Centre, Aberdeen Uni. Diraikan pelajar RGU dan Aberdeen Uni. Yang akan dan telah berjaya memperolehi ijazah masing-masing. Juga mereka yang pulang ke tanahair dan keluarga yang baru tiba. (7 July 2007) (7) Tazkirah Bulan Rejab dan Majlis Perpisahan Rumah: Bro. Shafiq dan Sis.Hawa. Aturcara : Tazkirah dan 'slide presentation' - al-Aqsa Mosque di sampaikan oleh Ust Ahmad Irfan Ikhmal Hisyam, Majlis meraikan kepulangan Dr Ina, Persembahan anak-anak Jamuan perpisahan (11 Ogos 2007 bersamaan 27 Rejab) (8) Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Khatam al-Quran - lebih 100 orang hadir memeriahkan majlis ini. (9) Takbir Raya dari rumah ke rumah. (10) Freshers Camp of Scotland: Isle of Skye 2-4 Nov 2007 - Program Gabungan Persatuan Melayu Aberdeen, Komuniti Melayu Dundee, Persatuan Pelajar dan Masyarakat Malaysia Glasgow. Program ini turut dihadiri oleh pelajar2 dari Edinburgh. Seramai lebih 70 orang mengikuti program ini. Diserikan dgn kehadiran Ust Erfino Johari. (11) Majlis Kesyukuran Sempena kejayaan dan Graduasi Pelajar RGU. 8 Dec. 2007 (12) Lain-lain program/aktiviti yang dikendalikan: Meraikan kunjungan pegawai Imegresen ke Aberdeen dan Meraikan lawatan pegawai MSD ke Aberdeen.


 

1 comment:

  1. Mohon berkongsi info Rumah Sewa di Aberdeen. Khusus untuk orang2 kita dari negara Nusantara untuk rumah percutian, short term atau long term stay. Sewa sepenuhnya atau sewa bilik
    https://www.facebook.com/Rumah-Sewa-Aberdeen-United-Kingdom-380271628970479/

    ReplyDelete