Monday, 14 September 2009
Ihya' Ramadhan, Iftar Perdana dan Majlis Khatam al-Quran
Majlis dimulakan dengan Khatam al-Quran kendalian Penasihat PMA Ustaz Burhan. Selepas berbuka puasa dengan sentuhan resepi Kak Ayu, program diteruskan dengan solat tarawih secara berjamaah. Pengisian ilmu ringkas telah disampaikan oleh Penasihat PMA, Ustaz Irfan. Beliau menyentuh mengenai Ihya' Ramadhan, serta membuat perincian terhadap persoalan zakat. Ramai peserta telah mengajukan pelbagai soalan mengenai ibadah zakat sepanjang pengisian itu berlangsung.
Persatuan Melayu Aberdeen mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tuan rumah, penyumbang dan AJK yang bertugas.
[gallery link="file" columns="2"]
Sunday, 14 June 2009
Tuesday, 19 May 2009
Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan '09
Menurut pengarah program, Burhanuddin Salim, kursus berkenaan dianjurkan dengan bermatlamatkan untuk memberikan kefahaman dan gambaran yang jelas mengenai hukum-hakam berumahtangga, serta realiti yang berkaitan dengannya.
"Berbeza dengan kursus pra-perkahwinan di tanah air, program kita turut meliputi beberapa siri latihan dalam kumpulan (LDK) bagi memastikan para peserta lebih mendalami modul kursus yang ditawarkan," ujar beliau lagi.
Diharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang kursus ini dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan berumahtangga kelak.[gallery]
Monday, 29 September 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H
Assalamualaikum wrt.wbt.
Umat Islam di bumi Aberdeen dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan menyambut kedatangan 1hb. Syawal 1429 H bersamaan Hari Selasa 30hb. September 2008.
Kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H. Sama-samalah kita bermaaf-maafan di pagi 1 Syawal yang mulia. Kongsikan kegembiraan, ucapkanlah 'TaqabbalalLahu Minna wa Minkum', 'Eid Mubarak'. Moga-moga Allah swt mengembalikan kita semua kepada fitrah yang suci hasil daripada didikan 'Universiti Ramadan' pada tahun ini.
Maaf Zahir Batin.
* Solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Linksfield Community Centre. Usahakan untuk datang awal kerana 'parking space' agak terhad dan sila bawa sejadah/alas untuk solat.