Tuesday, 8 September 2009

Kaunter Imigresen Bergerak di Glasgow


Jabatan Imigresen Malaysia London bercadang membuka kaunter imigresen bergerak di Glasgow pada 7 ATAU 14 November 2009.

 

Justeru, pihak komuniti di Glasgow memohon kerjasama sahabat-sahabat yang ingin berurusan supaya memberikan nama dan jenis urusan yang diperlukan. Di Aberdeen, sila berikan nama dan jenis urusan yang diperlukan kepada Penasihat Kehormat PMA Ustaz Burhan melalui email al_dalil76{at}yahoo.com

 

Sila bantu panjangkan hebahan ini semua rakan-rakan Malaysia yang lain.

 

Wassalam.

Monday, 7 September 2009

Program Ihya' Ramadhan

MAJLIS IHYA' RAMADHAN (IFTAR PERDANA & KHATAM AL-QURAN)



12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430


Sabtu, 6 petang


Di Rumah Saudara Shafiq


101 Queens Den, AB15 8BN



JUADAH MAKANAN IFTAR DISEDIAKAN


Makanan disediakan insyaAllah secukupnya, termasuklah kuih-muih, justeru tiada pot-luck. Sekiranya anda ingin membawa makanan juga, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan, sila bawa tamar/buah/makanan ringan/dessert dalam kuantiti yang kecil.



Aturcara majlis:



6:00 PM


Ketibaan hadirin


Majlis Khatam al-Quran


Tazkirah Ihya' Ramadhan



7:37 PM


Azan Maghrib


Iftar ringan


Solat maghrib


Makan malam



8:52 PM


Azan Isya'


Solat Isya'


Solat qiyam/tarawih


Reflection


Morey


Bersurai

Thursday, 11 June 2009

SURVEY HARI KELUARGA PMA ‘09

KEPUTUSAN SURVEY POST-MORTEM


HARI KELUARGA PMA '09


1. Penilaian asas




Komen tambahan:


- x tau pun acara ni berlansung



Komen tambahan:


- Mungkin terlalu banyak

- Banyak terlebih





Komen tambahan:


- Walaupun jauh, tapi not bad. Unfortunately, cuaca kurang cantik semasa hari program.

- Agak jauh tapi ok, lagi cantik kalau cuaca x sejuk





Komen tambahan:


- Tak fair pasal tak ikut kategori umur. Eh lupa pulak tak ramai yang jadi peserta. Takpe la asalkan anak2 kita tersenyum.



Komen tambahan:


- Bingitnya!

- gubahan buah2an





Komen tambahan:


- perlu loud hailer

- sangat best

- Terima kasih kerana organize program ni.

2. Faktor utama kehadiran anda ke Hari Keluarga PMA '09




































Ingin berukhuwah dengan warga Melayu Aberdeen

79.2%



19


Ingin makan

16.7%



4


Ingin main

0.0%



0


Saje ikut kawan

4.2%



1



Total responses:



24



3. Program paling heboh/kepoh/menarik semasa program


















































Sukaneka kanak-kanak

4.3%



1


Sukan rakyat wanita

30.4%



7


Baseball

17.4%



4


Bola sepak

4.3%



1


Selipar jepun beracun

13.0%



3


Makan dan BBQ

26.1%



6


Other (burger Auntie K)

4.3%



1



Total responses:



23




4. Cadangan aturcara/event lain untuk Hari Keluarga akan datang:


- mungkin boleh tambah suatu aktiviti di mana kumpulan terdiri dr family masing2, dan berentap melawan family lain :)

- jamuan diadakan secara ala gerai/psr malam.manarik dan tersusun. Terkilan sbb ada masakan yg dibawa tak sempat dirasa.

- ok...tp harap lebih lama

- paintball!!!!!

- sukan ibu n aanak...

- galah panjang

- BBq seafood such as sotong and udang

- Tambahkan acara untuk sukaneka kanak-kanak. Kalau peserta kanak-kanak ramai, sila asingkan peserta mengikut kategori umur.

5. Komentar dan pandangan lain terhadap Hari Keluarga PMA '09


- Best. Rasanya ramai yang sakit badan lepas program, kes dah lama tak exercise.

- Good job.

- aktiviti2 mmg dpt merapatkan hubungan, tp mungkin setakat dlm kumpulan kecil itu. mungkin boleh adakan satu aktiviti besar, yg melibatkan ahli2 drpd yg kecil hingga yg dewasa

- Memuaskan memandangkan kita kekurangan tenaga sukarela.

- hadiah utk kanak-kanak tak cukup/ adakah hanya sediakan utk org/budak2 yang main saje?

hadiah alat tulis crayon adalah bahaya/tak sesuai utk kanak-kanak yg usia bawah 4 / 3 tahun

- Diharapkan respons drpd warga Melayu Aberdeen lebih cepat jika pihak penganjur memerlukan kerjasama

- best..buat la sll..tapi AJK nye tukar2 la...variasi nnt

- Best

- sukaneka dewasa dan ibu2 boleh dijalanakan pd ms yg sama, tp sukaneka perlu dijalankan sebelum atau selepasnya. Face painting perlu mula seawal yg mungkin..sepanjang pgrm berlangsung.

- amat baik. keep it up. tahun depan buat lagi !

6. Cadangan program akan datang yang perlu dianjurkan oleh PMA


- sukan

- Keep up the good work.

- HARI RAYA!

- lain kali dinasihati agar lbh teliti semasa memilih tarikh supaya tidak clash dgn mase exams. sbb ade beberapa student yg tak dapat dtg sbb nk study. even yg dtg pon rase tak enjoy sgt.

- Kena buat perancangan lebih awal (at least sebulan), rasa program kali ni terlalu rush.

- melancong

memancing

- erobik untuk wanita ...

- Freshers camp

- Kelas senamrobik wanita

kelas renang wanita

sukan untuk dewasa setiap weekend (indoor or outdoor)

sukan unt family - bowling (

rombongan berjalan2 ke kwsn sekitar scotland/ pgrm tour de aurope.

Fruit picking secara rombongan PMA (skala kecik)

- Kuliah agama untuk yang dewasa. Asik buat untuk student aje...

Monday, 25 May 2009

HARI KELUARGA PMA '09

POSTER HARI KELUARGA PMA

FAQ Hari Keluarga PMA 2009

Q: Bila dan di mana?

A: Sabtu, 6 Jun 2009, di Houghton County Park, Alford, AB33 8NA http://www.aberdeenshire.gov.uk/countryparks/locations/alford.asp

Q: Ada peta lokasi?

A: Dapatkan di http://maps.google.co.uk/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Montgarrie+Road+Alford&sll=57.195436,-2.403946&sspn=0.216509,0.617981&gl=uk&ie=UTF8&ll=57.23537,-2.699933&spn=0.006759,0.019312&z=16&iwloc=A

Anda dicadangkan untuk tidak melalui jalan A96.

Q: Jauhnya... kenapa tak buat dalam Aberdeen sahaja?

A: Bagi membolehkan warga Melayu Aberdeen berprogramsantai di luar city of Aberdeen. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tempat program adalah antara tempat pelancongan utama di Aberdeenshire khususnya untuk kanak-kanak. Antara daya tarikan utama ialah keretapi http://www.alfordvalleyrailway.org.uk/

Q: Sekiranya hujan?

A: Sekiranya ramalan cuaca hujan pada tarikh berkenaan, pihak penganjur akan menukar tempat program yang ada kemudahan indoor di dalam city of Aberdeen.

Q: Apa yang akan diadakan?

A: Jamuan (mainly barbecue) secara pot luck dan acara-acara lain.

Q: Acara menarik?

A: Games untuk kanak-kanak.Face painting. Untuk wanita, sukan rakyat seperti congkak, gubahan buah, etc akan dianjurkan. Untuk remaja, beberapa acara akan diadakan seperti bolasepak, selipar beracun etc. Hadiah disediakan !

Q: Apa yang boleh saya sumbangkan?

A: Tiada yuran akan dikenakan. Pun demikian, pihak PMA amat mengalu-alukan sumbangan warga Melayu Aberdeen sekalian. Boleh dibuat di dalam bentuk wang, tenaga, gotong-royong mengatur dan mengemas tempat program, dan macam-macam lagi. Sumbangan yang paling berharga ialah kehadiran anda.

Q: Apa tujuan program?

A: Sebagai platform warga Melayu Aberdeen beramah mesra antara satu sama lain. Selain itu, kita juga akan meraikan rakan-rakan yang akan pulang bercuti/tamat belajar semasa musim panas nanti.

Tuesday, 19 May 2009

Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan '09

Aberdeen, 16-17 Mei - Seramai 28 orang daripada Aberdeen, Dundee, St Andrews dan Glasgow telah menyertai Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam di New Kings, University of Aberdeen. Kursus anjuran Persatuan Melayu Aberdeen itu telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Erfino Johari, Pegawai Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia London. 

Menurut pengarah program, Burhanuddin Salim, kursus berkenaan dianjurkan dengan bermatlamatkan untuk memberikan kefahaman dan gambaran yang jelas mengenai hukum-hakam berumahtangga, serta realiti yang berkaitan dengannya.

"Berbeza dengan kursus pra-perkahwinan di tanah air, program kita turut meliputi beberapa siri latihan dalam kumpulan (LDK) bagi memastikan para peserta lebih mendalami modul kursus yang ditawarkan," ujar beliau lagi. 

Diharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang kursus ini dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan berumahtangga kelak.[gallery]

Friday, 1 May 2009

Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan

Assalamualaikum wbt.

Semua warga Malaysia dijemput hadir. Rujuk poster berikut untuk maklumat lanjut. Yuran meliputi kursus, makanan dan sijil kahwin yang diperakui sah digunakan di Malaysia kelak.

Daftar segera!poster-kahwin-latest-2-1