Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jabatan Imigresen Malaysia London telah memberikan pengesahan kehadiran mereka untuk mengendalikan kaunter imigresen bergerak pada 2 Mei 2010 di Aberdeen.
Justeru, kepada mana-mana warga Malaysia yang ingin membuat urusan imigresen serta konsular, sila daftar nama, alamat/nombor telefon dan jenis urusan yang ingin dilakukan nanti ke email melayu.aberdeen[at]yahoo.com. Pendaftaran awal amat penting bagi tujuan pengurusan tempat dan logistik serta perkara yang berkaitan.
Seperti amalan sebelum ini, Persatuan Melayu Aberdeen mengjangkakan yang kaunter bergerak ini akan diadakan di University of Aberdeen. Maklumat terperinci akan dikemaskini segera di tapak sesawang kami www.melayu-aberdeen.com
Persatuan Melayu Aberdeen mengucapkan selamat datang kepada seluruh warga Malaysia ke kota granit, tempat himpunan komuniti Malaysia paling utara di UK
Sekian, harap maklum.
No comments:
Post a Comment