
Blog Ustaz Erfino - link (coastal trail trip) dan link (Genggam Bara Api)
Dijemput semua untuk hadir beramai-ramai ke program di atas.
[youtube=http://uk.youtube.com/watch?v=sa1athZKTDg]
ihsan: Lebardaun Production
Assalamualaikum wrt.wbt.
Alhamdulillah Majlis Aidilfitri PMA 2008 berlangsung dengan jayanya. Jutaan penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen yang turut sama memeriahkan sambutan kali ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa program sambutan ini kerana telah bertungkus lumus dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan majlis. Begitu juga kepada semua yang telah membantu dalam bentuk sumbangan jamuan, peralatan, hadiah, pengangkutan, idea, tenaga dan sebagainya. Moga Allah swt menyediakan ganjaran terbaik buat semua di atas sumbangan yang telah diberikan.
Sekian, terima kasih.
Persatuan Melayu Aberdeen
Assalamualaikum wrt.wbt.
Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke Majlis Aidilfitri 2008 anjuran Persatuan Melayu Aberdeen, Scotland pada 11hb. Oktober 2008 (Sabtu) bertempat di Strathcona Hall, Strathcona House, Rowett Research Institute, Greenburn Road, Bucksburn, Aberdeen AB21 9SB.
Kehadiran seluruh warga Melayu Aberdeen akan memeriahkan lagi majlis kali ini. Di samping bertemu mata beramah mesra, kita akan sama-sama menikmati hidangan raya Aidilfitri yang disediakan. Jumpa di sana!
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Assalamualaikum wrt.wbt.
Umat Islam di bumi Aberdeen dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan menyambut kedatangan 1hb. Syawal 1429 H bersamaan Hari Selasa 30hb. September 2008.
Kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H. Sama-samalah kita bermaaf-maafan di pagi 1 Syawal yang mulia. Kongsikan kegembiraan, ucapkanlah 'TaqabbalalLahu Minna wa Minkum', 'Eid Mubarak'. Moga-moga Allah swt mengembalikan kita semua kepada fitrah yang suci hasil daripada didikan 'Universiti Ramadan' pada tahun ini.
Maaf Zahir Batin.
* Solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Linksfield Community Centre. Usahakan untuk datang awal kerana 'parking space' agak terhad dan sila bawa sejadah/alas untuk solat.
5.30 pm : Ketibaan dan pendaftaran
6:00 pm : Aluan Pengerusi Majlis, Aluan Presiden PMA
6:10 pm : Majlis Khatam al-Quran
6:35 pm : Majlis Resepsi Pelajar Baru
6:50 pm : Palestinian Appeal (tayangan slide)
6:53 pm : Azan Maghrib - berbuka puasa ringkas
7:05 pm : Solat Maghrib berjemaah
7:30 pm : Jamuan iftar
8:30 pm : Solat Isya' berjemaah
: Kemas dewan dan majlis bersurai
Assalamualaikum warahmatullah wbt.
Laman ini diharapkan dapat bermanfaat untuk semua. Gambar-gambar aktiviti akan menyusul tidak lama lagi. Terdapat juga maklumat umum disediakan untuk para pengunjung dan juga mereka yang ingin mendapatkan gambaran mengenai kehidupan di Aberdeen ini. Antara maklumat yang disediakan adalah berkaitan dengan Info Islam, Info rumah, dan juga Info untuk para pelajar dan keluarga pelajar yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Aberdeen. Sila dapatkan maklumat tersebut di dalam link yang disediakan Info Pelajar Baru. Adalah dinasihatkan agar anda dapat membaca beberapa checklists yang disediakan sebelum berangkat. Selain itu, dijemput juga rakan-rakan/adik-adik semua untuk turut serta dalam perbualan/perbincangan e-group persatuan - melayu_aberdeen@yahoogroups.com.
Sekian, Terima Kasih.
Salam hormat,
Persatuan Melayu Aberdeen (al_dalil76@yahoo.com)
*** Hari Imigresen Malaysia di Aberdeen, Scotland. link

Majlis Berbuka Puasa PMA
BBQ Arbutnott. July 2008
Family Day PMA. June. 2007