Monday 29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H











 


Assalamualaikum wrt.wbt.


Umat Islam di bumi Aberdeen dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan menyambut kedatangan 1hb. Syawal 1429 H bersamaan Hari Selasa 30hb. September 2008.


Kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H. Sama-samalah kita bermaaf-maafan di pagi 1 Syawal yang mulia. Kongsikan kegembiraan, ucapkanlah 'TaqabbalalLahu Minna wa Minkum', 'Eid Mubarak'. Moga-moga Allah swt mengembalikan kita semua kepada fitrah yang suci hasil daripada didikan 'Universiti Ramadan' pada tahun ini.


Maaf Zahir Batin.


* Solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Linksfield Community Centre. Usahakan untuk datang awal kerana 'parking space' agak terhad dan sila bawa sejadah/alas untuk solat.

No comments:

Post a Comment