Wednesday 18 March 2009

Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan PMA kali ke-2

Aberdeen, 14 Mac - Bertempat di Zoology Building University of Aberdeen, Persatuan Melayu Aberdeen telah mengadakan Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2. Seramai hampir 70 orang warga Melayu Aberdeen telah menyertai program tersebut.

Acara dimulakan dengan pengisian sirah Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Burhan, dengan penekanan diberikan kepada kisah di hujung riwayat hidup baginda. Pengisian ini adalah penutup kepada pengisian sirah di majlis ilmu yang dianjurkan secara mingguan di Aberdeen.

Turut dianjurkan ialah Kuiz "Ceria Riang Ria Menyingkapi Sirah Rasulullah SAW". Kuiz ini telah dimenangi oleh pasukan lelaki. Hadiah peserta terbaik pula telah dimenangi oleh saudari Husna Afifi setelah berjaya memberikan jawapan tepat paling banyak di dalam kuiz tersebut.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Melayu Aberdeen kali ke-2. Mesyuarat dipengerusikan oleh saudara Burhanuddin Salim. Satu usul untuk memansuhkan yuran tahunan dengan menggalakkan sumbangan telah diluluskan di dalam mesyuarat tersebut. Selain itu, mesyuarat juga telah memilih senarai ahli jawatankuasa PMA bagi sesi 2009/2010. Berikut merupakan senarai AJK baru:

Presiden: Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham
Timbalan Presiden: Shafiq Abdullah
Setiausaha: Wan Asyraf Wan Adnan.
Bendahari: Siti Nawwal Ahmad Nasfy
Ketua Hal-ehwal Wanita: Kamariah Ismail 

AJK:
Wan Hamizi
Fazli Mansor
Haleena
Husna Afifi 

Program ditamatkan dengan solat Asar berjemaah dan jamuan hi-tea. Terima kasih diucapkan kepada yang hadir dan juga yang membantu menjayakan majlis tersebut. Saudara Burhanuddin Salim menjawab soalan kuiz Riang Ria
Ceramah Maulidur Rasul oleh Us Burhan Che Daud

No comments:

Post a Comment