Seperti biasa, dengan berstatuskan Ibu Kota Industri Minyak dan Gas seluruh Eropah, Aberdeen sekali lagi menganjurkan program tahunan Offshore Europe (OE). Program 4 hari bermula 8 hingga 11 September itu dihadiri oleh ribuan peserta daripada seluruh dunia, termasuklah juga daripada Malaysia. Kehadiran mereka dapat dirasai oleh warga Aberdeen, dengan kelibat usawahan minyak dan gas, segak dengan 3 pieces suit mereka, selain pertambahan khidmat pengangkutan awam, serta hotel penginapan yang penuh tempahannya dan harga meningkat sekali ganda.
Selamat datang diucapkan kepada mereka, khususnya peserta daripada Malaysia. PMA sendiri dihubungi oleh beberapa orang peserta bagi mendapatkan sedikit panduan sepanjang permukiman mereka di sini. Selamat berprogram sambil makan angin di bumi Granite ini.
No comments:
Post a Comment