Wednesday, 18 March 2009

Kursus Kahwin di Aberdeen (Genggam Bara Api 3)

Aberdeen, 19 Mac - Persatuan Melayu Aberdeen akan meneruskan siri kursus Genggam Bara Api kali ke-3 pada 16 dan 17 Mei 2009.  Tema GBA pada kali ini ialah Kursus Rumahtangga Islam. 

Penceramah kursus ini ialah Pegawai Atase Pendidikan JPM London, Ustaz Erfino Johari. Peserta yang menghadiri kursus ini akan mendapat sijil yang sah digunakan untuk urusan perkahwinan di Malaysia kelak.

Rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai kursus perkahwinan ini boleh membuat pre-registration ke alamat melayu.aberdeen@yahoo.com dengan menyertakan nama penuh, alamat di UK, email dan no telefon. Maklumat lanjut mengenai yuran, penginapan dan yang berkaitan akan menyusul kemudian.  Tempat adalah terhad. Justeru, pendaftaran awal amat digalakkan.

Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan PMA kali ke-2

Aberdeen, 14 Mac - Bertempat di Zoology Building University of Aberdeen, Persatuan Melayu Aberdeen telah mengadakan Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2. Seramai hampir 70 orang warga Melayu Aberdeen telah menyertai program tersebut.

Acara dimulakan dengan pengisian sirah Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Burhan, dengan penekanan diberikan kepada kisah di hujung riwayat hidup baginda. Pengisian ini adalah penutup kepada pengisian sirah di majlis ilmu yang dianjurkan secara mingguan di Aberdeen.

Turut dianjurkan ialah Kuiz "Ceria Riang Ria Menyingkapi Sirah Rasulullah SAW". Kuiz ini telah dimenangi oleh pasukan lelaki. Hadiah peserta terbaik pula telah dimenangi oleh saudari Husna Afifi setelah berjaya memberikan jawapan tepat paling banyak di dalam kuiz tersebut.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Melayu Aberdeen kali ke-2. Mesyuarat dipengerusikan oleh saudara Burhanuddin Salim. Satu usul untuk memansuhkan yuran tahunan dengan menggalakkan sumbangan telah diluluskan di dalam mesyuarat tersebut. Selain itu, mesyuarat juga telah memilih senarai ahli jawatankuasa PMA bagi sesi 2009/2010. Berikut merupakan senarai AJK baru:

Presiden: Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham
Timbalan Presiden: Shafiq Abdullah
Setiausaha: Wan Asyraf Wan Adnan.
Bendahari: Siti Nawwal Ahmad Nasfy
Ketua Hal-ehwal Wanita: Kamariah Ismail 

AJK:
Wan Hamizi
Fazli Mansor
Haleena
Husna Afifi 

Program ditamatkan dengan solat Asar berjemaah dan jamuan hi-tea. Terima kasih diucapkan kepada yang hadir dan juga yang membantu menjayakan majlis tersebut. Saudara Burhanuddin Salim menjawab soalan kuiz Riang Ria
Ceramah Maulidur Rasul oleh Us Burhan Che Daud

Monday, 5 January 2009

Genggam Bara Api 2 (GBA2)

[caption id="attachment_191" align="aligncenter" width="468" caption="gba2"]gba2[/caption]

Persatuan Melayu Aberdeen (PMA) dengan sukacitanya membawakan kepada anda semua program sehari yang cukup bermanfaat, sarat dengan info dan hujah ke arah menyempurnakan 'Tiang Ugama' anda. Daftar segera !!!



Program Genggam Bara Api 2: KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT
Tetamu Jemputan: Ustaz Hj.Zaharuddin Abdul Rahman -  www.zaharuddin.net
Tarikh: 24 Januari 2009
Tempat: University of Aberdeen
Masa: 0830 – 2030

Program pertama seumpamanya di Eropah menampilkan tetamu khas Ustaz Hj.Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). Jika di Malaysia, program ini lebih dikenali dengan nama 'Kursus Solat Sempurna dan Muhasabah Diri'. Seramai hampir 15,000 peserta telah menyertai program ini yang pertama kali diadakan di Malaysia pada Disember 2004.

Yuran : GBP 5 - Dewasa
                : GBP 3 - Pelajar
                : GBP 8 - Buku Formula Solat Sempurna (optional)

coverbukusolat2
*Buku 'Formula Solat Sempurna' walaupun optional, tetapi buku ini menjadi asas/modul pembentangan dalam program ini dan sangat bermanfaat untuk dijadikan rujukan semasa dan selepas program.

Bagi mereka yang tinggal di luar Aberdeen, urusan penginapan boleh disediakan dengan syarat dimaklumkan lebih awal.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1- Nawwal: arukas_snan@yahoo.com
2- Asyraf: waasyraf@yahoo.com
3- Husna: husna.afifi@yahoo.com

Sekiranya anda ingin mendaftar untuk program ini, sila hubungi:
1- Burhan: han2s@yahoo.com
2- Ainun: laicikangg@yahoo.com

Daftar segera sebelum terlambat.


Sekian. Salam hormat.

Monday, 17 November 2008

Friday, 14 November 2008

Jemputan ke Program 'Genggam Bara Api'


Genggam Bara Api



Pendaftaran akan mula dibuka pada jam 11.30 pagi 15/11/2008 di bilik ZB18 dan ZB19 Zoology Building. Yuran sebanyak £3 boleh dibayar semasa pendaftaran. Tentatif program adalah seperti di bawah:

15 November 2008 (Sabtu)

Sesi 1: Keynote Speech - Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung (mula jam 12.30 pm)

Sesi 2: Talk - Managing Your Deen In The West (mula jam 1.45 pm)

Sesi 3: Talk Show - Kepentingan Memahami Fiqh Luar Negara (6.00 pm)

16 November 2008 (Ahad)

Aktiviti jalan-jalan ke The Lecht via Royal Deeside Road (bertolak jam 8.00 am)

Dijemput semua untuk hadir beramai-ramai ke program di atas.  

Monday, 13 October 2008

Video Gambar Majlis Aidilfitri PMA 2008

[youtube=http://uk.youtube.com/watch?v=sa1athZKTDg]




[youtube=http://uk.youtube.com/watch?v=xCyqCL1HBII]

ihsan: Lebardaun Production


Assalamualaikum wrt.wbt.


Alhamdulillah Majlis Aidilfitri PMA 2008 berlangsung dengan jayanya. Jutaan penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen yang turut sama memeriahkan sambutan kali ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa program sambutan ini kerana telah bertungkus lumus dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan majlis. Begitu juga kepada semua yang telah membantu dalam bentuk sumbangan jamuan, peralatan, hadiah, pengangkutan, idea, tenaga dan sebagainya. Moga Allah swt menyediakan ganjaran terbaik buat semua di atas sumbangan yang telah diberikan.


 


Sekian, terima kasih.


Persatuan Melayu Aberdeen

Wednesday, 8 October 2008

MAJLIS AIDILFITRI PMA 2008


Assalamualaikum wrt.wbt.


Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke Majlis Aidilfitri 2008 anjuran Persatuan Melayu Aberdeen, Scotland pada 11hb. Oktober 2008 (Sabtu) bertempat di Strathcona Hall, Strathcona House, Rowett Research Institute, Greenburn Road, Bucksburn, Aberdeen AB21 9SB.


Kehadiran seluruh warga Melayu Aberdeen akan memeriahkan lagi majlis kali ini. Di samping bertemu mata beramah mesra, kita akan sama-sama menikmati hidangan raya Aidilfitri yang disediakan. Jumpa di sana!


Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.