Tuesday, 19 May 2009
Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan '09
Menurut pengarah program, Burhanuddin Salim, kursus berkenaan dianjurkan dengan bermatlamatkan untuk memberikan kefahaman dan gambaran yang jelas mengenai hukum-hakam berumahtangga, serta realiti yang berkaitan dengannya.
"Berbeza dengan kursus pra-perkahwinan di tanah air, program kita turut meliputi beberapa siri latihan dalam kumpulan (LDK) bagi memastikan para peserta lebih mendalami modul kursus yang ditawarkan," ujar beliau lagi.
Diharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang kursus ini dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan berumahtangga kelak.[gallery]
Friday, 1 May 2009
Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan
Semua warga Malaysia dijemput hadir. Rujuk poster berikut untuk maklumat lanjut. Yuran meliputi kursus, makanan dan sijil kahwin yang diperakui sah digunakan di Malaysia kelak.
Daftar segera!
Thursday, 16 April 2009
Gerai Makanan Sempena Kaunter Imigresen Bergerak
Di masa dan tempat yang sama dengan program Kaunter Imigresen Bergerak, ie 19 April 2009 (Ahad) 9:00 am - 2:00 pm di Zoology Building. Gerai 1:
Gerai Kak Ayu
Menu:nasi lemak special (basic-telur, kacang, ikan bilis, sambal) : £1.50
lauk tambahan:
ayam goreng: £1.50
sambal sotong: £1.50
rendang ayam: £1.50
teh tarik: £1.50
kuih-muih tbcTempahan awal adalah amat digalakkan menerusi email anne.mcroddy@googlemail.com
Gerai 2
Gerai Obordeen Menjual pelbagai produk muslim seperti yang boleh dilihat di www.obordeen.blogspot.com
Turut dijual - snack ringan seperti cheese burger, nugget, kuih-muih, rojak dan lain-lainSenarai gerai dan menu lain akan menyusul kemudian.
Monday, 30 March 2009
Kaunter Imigresen Malaysia di Aberdeen - 19 April 2009 - updated!
Tarikh: 19 April 2009
Hari: Ahad
Masa: 8:30 pagi - 2:00 petang (sila hadir awal) updated!
Tempat: Bilik ZB19(25) (basement), Zoology Building, University of Aberdeen, Tillydrone Avenue, AB24 2TE updated!
Semua warga Malaysia yang ingin membuat urusan imigresen seperti pendaftaran bayi baru, pendaftaran passport, pembaharuan passport dan lain-lain yang berkaitan dijemput hadir. Sila hadir awal kerana pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang bertugas mempunyai masa yang terhad di Aberdeen.
Semua maklumat dan checklist untuk urusan imigresen boleh diperolehi di www.jimlondon.net. Borang-borang asal disediakan. Pun demikian, untuk menjimatkan masa, borang-borang tersebut boleh dimuat turun melalui capaian ini. Sila pastikan anda mematuhi spesifikasi gambar untuk urusan imigresen seperti di sini. Jangan lupa untuk membawa semua dokumen asal yang diperlukan seperti tertulis di dalam checklist dan juga salinannya semasa kaunter imigresen ini dibuka. Khidmat fotokopi walau bagaimanapun boleh diperolehi di kedai berhampiran.
Pendaftaran MyKid hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja. Sebarang persoalan mengenai urusan imigresen boleh diajukan terus menerusi www.jimlondon.net, dan sebarang pertanyaan teknikaliti kaunter bergerak ini boleh diajukan menerusi melayu.aberdeen@yahoo.com.
Makluman dan Peringatan Tambahan: updated!
1. Sila sediakan GBP7 untuk kos pos penghantaran balik passport/sijil beranak.
2. Walaupun kedai fotokopi dan kiosk fotografi hanya berada dalam radius 1 batu daripada tempat program, anda dinasihatkan untuk menyediakan sedari awal fotografi dan juga salinan dokumen yang diminta seperti di dalam checklist di bawah. Pihak penganjur tidak menyediakan khidmat fotokopi dan fotografi.
3. Gerai makanan akan dibuka sepanjang kaunter berlangsung.
Sekian.
Berikut adalah sebahagian contoh checklist dokumen yang diperlukan untuk tujuan imigresen.
NEW AND RENEWAL PASSPORT APPLICATION
Above 18 years
1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42).
2. Original Malaysian Identity Card (I.C)+ One Photocopy of each side of the I.C.
3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face Facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)
4. New Passport application form is available at our office at £ 0.25 pence each.
5. Cash Payment of £ 50.00 per 32 pages passport and £ 100.00 per 64 pages passport.
Under 18 years.
1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.
2. Original Malaysian Identity Card (I.C)+ One Photocopy of each side of the I.C and Birth Certificate or Borang W if born outside Malaysia
3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)
4. If the Father or Mother is not avaialble for the reason like Father and Mother residing in different country then the Guardian need to come with A1/B1 form that has been signed and stamped by Immigration Officer or Authorised Officer at any Malaysan Mission Overseas and they have to bring their original I.C and a photocopy
5. Cash Payment of £ 50.00 per 32 pages passport and £ 100.00 per 64 pages passport.
Under 12 years.
1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.
2. Original Malaysian Birth Certificate or Borang W or Citizenship Certificate if born outside Malaysia + a Photocopy of the document
3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face Facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)
4. If the Father or Mother is not avaialble for the reason like Father and Mother residing in different country then the Guardian need to come with A1/B1 form that has been signed and stamped by Immigration Officer or Authorised Officer at any Malaysan Mission Overseas and they have to bring their original I.C and a photocopy
5. Cash Payment of £ 25.00 per 32 pages passport and £ 50.00 per 64 pages passport.
New born baby
1. New born baby Passport will only be issued once the parent have done the registration with Malaysian Consular Department and Borang “W” number have been allocated for them.
2. The requirement to make a new passport for a new born baby is the same as when you apply for Birth Certificate, i.e. Father & Mother Married Certificate, Malaysian Identitiy Card, Passport, Child UK Birth Certificate and Borang W from Consular Department (Original + copy)
3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Baby Face Facing the camera and make sure the baby is awake not sleeping(3.5 cm x 5.0 cm)
4. The Child and their parent must come and complete Form A (IM42) available at £ 0.25 pence each.
5. Cash Payment of £ 25.00 per 32 pages passport and £ 50.00 per 64 pages passport.
Wednesday, 18 March 2009
Kursus Kahwin di Aberdeen (Genggam Bara Api 3)
Penceramah kursus ini ialah Pegawai Atase Pendidikan JPM London, Ustaz Erfino Johari. Peserta yang menghadiri kursus ini akan mendapat sijil yang sah digunakan untuk urusan perkahwinan di Malaysia kelak.
Rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai kursus perkahwinan ini boleh membuat pre-registration ke alamat melayu.aberdeen@yahoo.com dengan menyertakan nama penuh, alamat di UK, email dan no telefon. Maklumat lanjut mengenai yuran, penginapan dan yang berkaitan akan menyusul kemudian. Tempat adalah terhad. Justeru, pendaftaran awal amat digalakkan.
Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan PMA kali ke-2
Acara dimulakan dengan pengisian sirah Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Burhan, dengan penekanan diberikan kepada kisah di hujung riwayat hidup baginda. Pengisian ini adalah penutup kepada pengisian sirah di majlis ilmu yang dianjurkan secara mingguan di Aberdeen.
Turut dianjurkan ialah Kuiz "Ceria Riang Ria Menyingkapi Sirah Rasulullah SAW". Kuiz ini telah dimenangi oleh pasukan lelaki. Hadiah peserta terbaik pula telah dimenangi oleh saudari Husna Afifi setelah berjaya memberikan jawapan tepat paling banyak di dalam kuiz tersebut.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Melayu Aberdeen kali ke-2. Mesyuarat dipengerusikan oleh saudara Burhanuddin Salim. Satu usul untuk memansuhkan yuran tahunan dengan menggalakkan sumbangan telah diluluskan di dalam mesyuarat tersebut. Selain itu, mesyuarat juga telah memilih senarai ahli jawatankuasa PMA bagi sesi 2009/2010. Berikut merupakan senarai AJK baru:
Presiden: Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham
Timbalan Presiden: Shafiq Abdullah
Setiausaha: Wan Asyraf Wan Adnan.
Bendahari: Siti Nawwal Ahmad Nasfy
Ketua Hal-ehwal Wanita: Kamariah Ismail
AJK:
Wan Hamizi
Fazli Mansor
Haleena
Husna Afifi
Program ditamatkan dengan solat Asar berjemaah dan jamuan hi-tea. Terima kasih diucapkan kepada yang hadir dan juga yang membantu menjayakan majlis tersebut.

Monday, 5 January 2009
Genggam Bara Api 2 (GBA2)
[/caption]Persatuan Melayu Aberdeen (PMA) dengan sukacitanya membawakan kepada anda semua program sehari yang cukup bermanfaat, sarat dengan info dan hujah ke arah menyempurnakan 'Tiang Ugama' anda. Daftar segera !!!
Program Genggam Bara Api 2: KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT
Tetamu Jemputan: Ustaz Hj.Zaharuddin Abdul Rahman - www.zaharuddin.net
Tarikh: 24 Januari 2009
Tempat: University of Aberdeen
Masa: 0830 – 2030
Program pertama seumpamanya di Eropah menampilkan tetamu khas Ustaz Hj.Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). Jika di Malaysia, program ini lebih dikenali dengan nama 'Kursus Solat Sempurna dan Muhasabah Diri'. Seramai hampir 15,000 peserta telah menyertai program ini yang pertama kali diadakan di Malaysia pada Disember 2004.
Yuran : GBP 5 - Dewasa
: GBP 3 - Pelajar
: GBP 8 - Buku Formula Solat Sempurna (optional)

*Buku 'Formula Solat Sempurna' walaupun optional, tetapi buku ini menjadi asas/modul pembentangan dalam program ini dan sangat bermanfaat untuk dijadikan rujukan semasa dan selepas program.
Bagi mereka yang tinggal di luar Aberdeen, urusan penginapan boleh disediakan dengan syarat dimaklumkan lebih awal.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1- Nawwal: arukas_snan@yahoo.com
2- Asyraf: waasyraf@yahoo.com
3- Husna: husna.afifi@yahoo.com
Sekiranya anda ingin mendaftar untuk program ini, sila hubungi:
1- Burhan: han2s@yahoo.com
2- Ainun: laicikangg@yahoo.com
Daftar segera sebelum terlambat.
Sekian. Salam hormat.