
Blog Ustaz Erfino - link (coastal trail trip) dan link (Genggam Bara Api)
Dijemput semua untuk hadir beramai-ramai ke program di atas.
[youtube=http://uk.youtube.com/watch?v=sa1athZKTDg]
ihsan: Lebardaun Production
Assalamualaikum wrt.wbt.
Alhamdulillah Majlis Aidilfitri PMA 2008 berlangsung dengan jayanya. Jutaan penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen yang turut sama memeriahkan sambutan kali ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa program sambutan ini kerana telah bertungkus lumus dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan majlis. Begitu juga kepada semua yang telah membantu dalam bentuk sumbangan jamuan, peralatan, hadiah, pengangkutan, idea, tenaga dan sebagainya. Moga Allah swt menyediakan ganjaran terbaik buat semua di atas sumbangan yang telah diberikan.
Sekian, terima kasih.
Persatuan Melayu Aberdeen
Assalamualaikum wrt.wbt.
Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke Majlis Aidilfitri 2008 anjuran Persatuan Melayu Aberdeen, Scotland pada 11hb. Oktober 2008 (Sabtu) bertempat di Strathcona Hall, Strathcona House, Rowett Research Institute, Greenburn Road, Bucksburn, Aberdeen AB21 9SB.
Kehadiran seluruh warga Melayu Aberdeen akan memeriahkan lagi majlis kali ini. Di samping bertemu mata beramah mesra, kita akan sama-sama menikmati hidangan raya Aidilfitri yang disediakan. Jumpa di sana!
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Assalamualaikum wrt.wbt.
Umat Islam di bumi Aberdeen dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan menyambut kedatangan 1hb. Syawal 1429 H bersamaan Hari Selasa 30hb. September 2008.
Kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H. Sama-samalah kita bermaaf-maafan di pagi 1 Syawal yang mulia. Kongsikan kegembiraan, ucapkanlah 'TaqabbalalLahu Minna wa Minkum', 'Eid Mubarak'. Moga-moga Allah swt mengembalikan kita semua kepada fitrah yang suci hasil daripada didikan 'Universiti Ramadan' pada tahun ini.
Maaf Zahir Batin.
* Solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Linksfield Community Centre. Usahakan untuk datang awal kerana 'parking space' agak terhad dan sila bawa sejadah/alas untuk solat.
5.30 pm : Ketibaan dan pendaftaran
6:00 pm : Aluan Pengerusi Majlis, Aluan Presiden PMA
6:10 pm : Majlis Khatam al-Quran
6:35 pm : Majlis Resepsi Pelajar Baru
6:50 pm : Palestinian Appeal (tayangan slide)
6:53 pm : Azan Maghrib - berbuka puasa ringkas
7:05 pm : Solat Maghrib berjemaah
7:30 pm : Jamuan iftar
8:30 pm : Solat Isya' berjemaah
: Kemas dewan dan majlis bersurai