Tuesday, 23 March 2010

Forum Perdana dan Klinik Rawatan Alternatif Islam

Assalamualaikum

Persatuan Melayu Aberdeen akan menganjurkan Forum Perdana dan Klinik Rawatan Alternatif Islam. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa: 6:30 petang (Maghrib berjemaah)
Panelis:
1. Ustaz Halim Din (Penceramah dan Pegawai Kanan Majlis Agama Islam Selangor.
2. Ustaz Hadi Talhah (Penceramah dan Pengamal Perubatan Darul Salam Malaysia serta anggota PISANG UK)
Tempat: TBC

Bagi yang berhadapan dengan gangguan makhluk halus, atau mempunyai tanda-tanda gangguan, anda digalakkan menggunakan peluang ini untuk berikhtiar menerima rawatan.

Semua dijemput hadir. Nantikan maklumat lanjut kemudian.

Wassalam.

Monday, 22 March 2010

Kaunter Imigresen Bergerak di Aberdeen - 2 Mei 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jabatan Imigresen Malaysia London telah memberikan pengesahan kehadiran mereka untuk mengendalikan kaunter imigresen bergerak pada 2 Mei 2010 di Aberdeen.

Justeru, kepada mana-mana warga Malaysia yang ingin membuat urusan imigresen serta konsular, sila daftar nama, alamat/nombor telefon dan jenis urusan yang ingin dilakukan nanti ke email melayu.aberdeen[at]yahoo.com. Pendaftaran awal amat penting bagi tujuan pengurusan tempat dan logistik serta perkara yang berkaitan.

Seperti amalan sebelum ini, Persatuan Melayu Aberdeen mengjangkakan yang kaunter bergerak ini akan diadakan di University of Aberdeen. Maklumat terperinci akan dikemaskini segera di tapak sesawang kami www.melayu-aberdeen.com

Persatuan Melayu Aberdeen mengucapkan selamat datang kepada seluruh warga Malaysia ke kota granit, tempat himpunan komuniti Malaysia paling utara di UK

Sekian, harap maklum.

Tuesday, 23 February 2010

Funeral Management Course 2010

Jika anda berhadapan dengan kematian seseorang, apakah yang perlu dilakukan?


Oh sebelum itu, adakah anda pasti individu tersebut sudah tiada? Jangan lupa, banyak laporan kejadian - orang yang disahkan mati oleh doktor, tidak lama kemudian hidup semula!

Seterusnya, apakah tanggungjawab anda terhadap jenazah tersebut?
Bolehkah anda memandikan mayat tersebut?

Bagaimana kalau mayat terus-menerus mengeluarkan kotoran?

Berapa lapis kain untuk mengkafankan?

Dan banyak soalan-soalan lain lagi untuk dikupas..bersama Al-Fadhil Ustaz Erfino Johari, Education Attache, Jabatan Penuntut Malaysia (MSD).

..........................................................................................................................



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH



Anjuran
Persatuan Melayu Aberdeen


Tarikh
13 Mac 2010


Waktu
8.30 pagi- 2.30 petang


Tempat
Chaplaincy Centre


Yuran Masuk
GBP 3 seorang (brunch & lunch)



Untuk Pendaftaran:
(sehingga 7 Mac 2010)


1) Borang Pendaftaran Online. Klik: http://www.surveymonkey.com/s/2D5779D


2) Berikan Nama, Emel dan No. Telefon anda kepada:


Rasyidan
078492 10335
happyidan@gmail.com


atau


Nova Adila
075424 85960
nova_adila@yahoo.com



Agenda Program:
• Teori
• Mandi
• Kapan
• Solat
• Pengkebumian
• Soal Jawab

Jumpa anda di sana!

“Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian (mengingati mati). Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah taala( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).” Hadis Riwayat At-Termizi Dan Ibnu Majah.

Thursday, 26 November 2009

Majlis Sambutan Eidul Adha PMA '09

Assalamualaikum wbt.


MAJLIS SAMBUTAN EIDUL ADHA
PERSATUAN MELAYU ABERDEEN '09


Sabtu, 11 Zulhijjah/28 November
Zoology Building, University of Aberdeen (basement)
Masa: 11:30 pagi(bermula dengan solat Zohor berjemaah+takbir raya)


Antara yang menarik:
Solat berjemaah dan takbir raya
Forum "Aidul Adha: Menghayati Falsafah Pengorbanan"
Majlis Perpisahan
Jamuan menarik seperti juadah tradisional Malaysia, satay etc. (Pot Luck)


Semua dijemput hadir

Thursday, 8 October 2009

Majlis Aidul Fitri PMA '09 - R@R Raya @ Rowett

rarAssalamualaikum wbt.

Semua Warga Melayu Aberdeen dijemput hadir ke Majlis Aidul Fitri PMA '09 - Raya@Rowett (R@R)

- Tempat dan tarikh seperti di poster di atas.
- Makanan adalah secara potluck.
- Pakaian: kemas (digalakkan berpakaian kebangsaaan/tema raya)

Maklumat lanjut akan disampaikan dari masa ke masa.

Wassalam

Thursday, 24 September 2009

Kaunter Imigresen Bergerak

Assalamualaikum.

Komuniti Melayu di Glasgow bersama-sama dengan Jabatan Imigresen Malaysia London akan mengadakan kaunter imigresen bergerak di Glasgow pada Sabtu 7 November 2009. Maklumat lanjut boleh dicapai di sini.

Saturday, 19 September 2009

Salam Eidul Fitri 2009

[caption id="attachment_341" align="aligncenter" width="541" caption="Taqabbalallahu minna wa minkum"]Taqabbalallahu minna wa minkum[/caption]